Organizer | Racepro
Akaun racepro.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

ORIGINAL SABAHAN "Lari-lari bha bossku"

ORIGINAL SABAHAN "Lari-lari bha bossku"

Jom Sertai

10KM Original Sabahan Virtual Run!

#lari-lari bha bossku



BILPERKARACATATAN/MASA/TARIKH
1Tempoh PendaftaranSehingga 31 Januari 2019
2Tempoh Larian01 Februari 2019 hingga 28 Februari 2019
3Lokasi LarianDi mana-mana saja bossku asal tenang diposisi
4Jarak Larian10KM (larian anda boleh digabungkan)
5PenghantaranPercuma
6Early BirdSehingga 31 Disember 2018 sahaja




"SELFIE CONTEST"
Swafoto dan menang "Garmin-Vivosmart HR+ Heart"
(01 Februari 2019 hingga 28 Februari 2019)

Langkah 1        : Ambil gambar selfie/wefie semasa larian
Langkah 2        : Post gambar anda di facebook page rasmi. (sertakan nombor INVOICE)
                              Sila klik pautan racepro event management
Langkah 3        : Like page racepro dan Letak Hashtag #racepro 
Langkah 4        : Post yang mendapat "LIKE" terbanyak mendapat hadiah "Garmin-vivosmart HR+Heart"             



VIRTUAL RUN

"Maksud Virtual run adalah segala bentuk larian atau berjalan dilakukan di mana-mana sahaja dengan tempoh jarak dan masa yang telah ditetapkan"


PANDUAN ANDA

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Peserta mestilah melengkapkan butiran pembelian, serta butiran pelanggan sebelum mula larian.
  3. Kit penghantaran akan dihantar terus ke alamat mengikut maklumat yang diberikan peserta semasa pendaftaran. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah betul.
  4. Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer (maybank, cimb, dan public bank).
  5. Selepas pembayaran diterima dan disahkan, para peserta akan menerima nombor e-bib melalui e-mel (sila periksa di spam box atau junk mail) dan simpan untuk kegunaan selepas itu.
  6. Sila maklumkan kepada kami jika tidak menerima e-bib di dalam masa 3 hari selepas tarikh pembayaran disahkan.
  7. Peserta boleh memulakan larian sama ada 1KM sehari atau sebaliknya sehingga cukup jarak 10KM terkumpul.
  8. Peserta harus melengkapkan jarak larian dan buktikan melalui snapshot jarak treadmill, atau keputusan daripada apps larian seperti Nike+, Runtastic, Strava, Garmin, Mapmyrun, Google fit, Runkeeper dan sebagainya (berupaya merekod jarak & masa larian).
  9. Muatnaik gambar selfie/wefie anda untuk ikut pertandingan "selfie contest" dan menang hadiah "Garmin"
  10. Untuk memenangi hadiah Garmin-vivosmart HR+Heart, peserta perlulah mengepost bukti larian dengan syarat perlu ada selfie atau wefie semasa larian. Post gambar anda ke page racepro event management.
  11. Kami akan memilih peserta yang mempunyai like terbanyak & memenuhi syarat di akhir pertandingan untuk memenangi pertandingan ini. Keputusan adalah muktamad.
  12. Untuk penghantaran TAMAT LARIAN 10KM, sila klik link yang diberikan "borang online tamat larian"
  13. Penghantaran medal dan t-shirt 'finisher' akan dilakukan selepas tamat tempoh larian. Bermula 04 Mac 2019 hingga 08 Mac 2019. 
  14. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.
  15. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
  16. Jika ada sebarang persoalan boleh whatsapp kami di whatsApp racepro.



Racepro Event Management

No. Pendaftaran : (002916379-P)

Pemilik Perniagaan : EN. MOHD NASROL BIN WAHID & MOHD SHAHRIL IZAM BIN WAHID

Fitnees | Bossku


Sponsor by |RR Jersi Online | Aircond Maju | Borneo Ais Cream